Malaysia terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya dan kaum yang unik. Kepelbagaian warisaan budaya dan kaum dapat diperlihat melalui asal usul,pakaian, kesenian, makanan, perkahwinan, tarian dan sebagainya
Saturday, 12 May 2012
Sunday, 6 May 2012
Asal Usul Masyarakat Malaysia
MELAYU
Penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu,
beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.
Definisi budaya (cultural definition), Melayu itu
merangkumi seluruh penduduk pribumi
di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama,
bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing
kelompok serumpun tersebut.
·
Pakaian : baju melayu,
kebaya, kurung songkok, kain pelikat.
·
Makanan : laksa, kuih
koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.
·
Permainan : congkak,
gasing, wau.
·
Alat muzik : kompang,
gong, rebana, gambus.
·
Perayaan : Hari Raya
Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
·
Tarian : tarian keris,
tarian inai, tarian piring, tarian lilin.
·
Kepercayaan : Agama
Islam
·
Bahasa : Bahasa Melayu
CINA
Pendatang Cina awal datang sejak abad ke-15 di Melaka dan abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka),berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina.
Sebaliknya pula,pendatang-pendatang yang lebih lanjut
(seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai
sinkheh.
·
Pakaian : Cheongsam,
Sam Fu.
·
Suku kaum : Teochew,
Hakka, Hokkien.
·
Makanan : Kuih bakul,
kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
·
Permainan : catur cina
·
Alat muzik : gitar
bulan, dram,
·
Perayaan : Tahun Baru
Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
·
Tarian : Tarian kipas,
tarian singa, tarian payung.
·
Kepercayaan : Agama
Buddha, Taoisme, Kristian
·
Bahasa : Mandarin,
Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.
INDIA
Orang India Malaysia adalah rakyat
Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia
semasa jaman penjajahan British di Malaya.
Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india
tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini,
kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu dan Cina.
·
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
·
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
·
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar,
ukulele, sapei..
· Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda
Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
·
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata
Natyam
·
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
·
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Saturday, 5 May 2012
Tarian Cina
Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari
akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam
kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)]
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak
dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan
orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan
"Tarian Singa Selatan".
Tarian
singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi
kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang
berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai
istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan
sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.
Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih
atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat
singa yang garang.
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam
kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)]
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak
dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan
orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan
"Tarian Singa Selatan".
Tarian
singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi
kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang
berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai
istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan
sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.
Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih
atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat
singa yang garang.
TARIAN MASYARAKAT MALAYSIA
Tarian Zapin
Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah
kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang
ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai
Zaffana.
Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini.
Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan
1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat.
Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa
melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak
mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik
tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat
pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa
orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana
penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk
dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan
masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok
tarian pasangan masing-masing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah
berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah
Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari
para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan
mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah
sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil
tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan
yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan
hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
Khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.
Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan
sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan.
Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik
gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum
tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa
ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan
perempuan.
Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada
dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan
barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan
Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah
menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman
melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.
Terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang,
zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan
dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di
dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut,
ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan
akhir sekali ragam wainap.
Subscribe to:
Posts (Atom)