Tarian Zapin
Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah
kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang
ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai
Zaffana.
Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini.
Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan
1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat.
Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa
melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak
mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik
tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat
pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa
orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana
penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk
dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan
masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok
tarian pasangan masing-masing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah
berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah
Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari
para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan
mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah
sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil
tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan
yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan
hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
Khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.
Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan
sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan.
Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik
gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum
tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa
ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan
perempuan.
Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada
dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan
barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan
Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah
menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman
melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.
Terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang,
zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan
dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di
dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut,
ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan
akhir sekali ragam wainap.
Teruskan usaha cikgucikgi... blog yang bermanfaat... memartabatkan warisan bangsa...
ReplyDelete