Tarian Singa
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari
akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam
kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)]
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak
dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan
orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan
"Tarian Singa Selatan".
Tarian
singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi
kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang
berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai
istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan
sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.
Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih
atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat
singa yang garang.
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam
kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)]
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak
dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan
orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan
"Tarian Singa Selatan".
Tarian
singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi
kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang
berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai
istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan
sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna.
Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih
atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat
singa yang garang.
No comments:
Post a Comment